LATAR
BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan USJ 12
merupakan sekolah satu sesi yang mempunyai 28 bilik darjah merangkumi Tahun 1
hingga Tahun 6. Sekolah ini mempunyai kakitangan guru seramai 61 orang dan staf
sokongan seramai 5 orang. Antara kemudahan yang terdapat di sekolah ini ialah
Pejabat, Bilik Guru, Bilik Wawasan (Bilik Mesyuarat), Makmal Komputer, Pusat
Akses, Makmal Sains 1 dan 2, Bilik Alat Pandang Dengar (APD), Bilik Kemahiran
Hidup (KH), Bilik J-QAF, Bilik Unit Disiplin, Bilik Pemulihan, Bilik Muzik,
Surau, Pusat Sumber Sekolah (PSS), Bilik Kesihatan (BK) dan Bilik Bimbingan
& Kaunseling (BBK). Enrolmen sekolah ini adalah seramai 1109 orang pelajar
dan secara purata bagi setiap kelas adalah 40 orang.
Pada
setiap pagi, murid-murid akan menghadiri perhimpunan harian bermula pada 7.20
pagi sehingga 7.40 pagi. Perhimpunan
Rasmi pula dijalankan pada setiap hari Isnin pada pukul 7.30 pagi hingga 8.10
pagi di mana setiap murid diwajibkan memakai tali leher. Waktu Pengajaran &
Pembelajaran tamat bagi setiap aliran tahun adalah berbeza-beza kerana
terdapatnya kelas TASMIK yang dikendalikan oleh Guru Agama dan j-Qaf.
SEJARAH SEKOLAH
SK USJ 12 dibina di atas sebidang tanah
seluas 1.62 hektar di Jalan USJ 12/1, UEP Subang Jaya. Projek pembinaan ini
bermula pada tahun 1998 dan siap pembinaannya pada awal tahun 2000 di mana
terdapat tiga blok bangunan dua tingkat. Pada 30 Ogos
2000, peristiwa penting bagi SK USJ 12 di mana penyerahan
kunci sekolah kepada Guru Besar yang pertama iaitu Puan Paridah Anum bt.
Tajuddin. Dengan itu, secara rasminya Puan Paridah Anum bt. Tahuddin mula
berkhidmat sebagai Guru Besar di SK USJ 12 pada 1 September 2000 dan telah menerima
perabot serta kemudahan asas yang datang secara berperingkat-peringkat.
Pada pertengahan bulan September sehingga akhir bulan Disember 2000, hanya tedapat lima orang guru yang bertugas tanpa murid. Pada 3 Januari 2001, sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya dengan menerima sejumlah 460 orang murid yang berdaftar dari Tahun Satu hingga Tahun Tiga. Manakala, seramai 24 orang guru yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 20 orang perempuan sebagai guru pengasas sekolah ini. Kakitangan bukan guru terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Rendah. Warga sekolah dan bilangan kelas SK USJ 12 semakin bertambah dari setahun ke setahun sehingga tahun 2006 di mana bilangan murid telah bertambah kepada 1096 orang di mana bilangan guru seramai 60 orang serta bilangan kelas sebanyak 29 kelas.
Seterusnya pada tahun 2007, warga SK USJ 12 mempunyai 51 orang guru, 4 orang kakitangan bukan guru dan seramai 1049 murid. Bilangan kelas pula ialah sebanyak 28 kelas.Kumpulan pertama murid-murid Tahun 6 SK USJ 12 yang menduduki Peperiksaan UPSR adalah pada tahun 2004 di mana mereka telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Pada tahun 2008, sekali lagi SK USJ 12 telah menerima Anugerah Emas oleh Majlis Guru Besar Daerah Petaling sempena kejayaan pencapaian melebihi 90% dan gred purata sekolah (gps) kurang 1.50 UPSR dalam Daerah Petaling Perdana. Kemudian sekolah SK USJ 12 telah mendapat Tempat Pertama di Peringkat Negeri Kategori Sekolah Rendah dalam Pertandingan ‘SPELL – IT – RIGHT CHALLENGER 2008’ Anjuran RHB-NST bertempat di Subang Jaya pada 14 Jun 2008.
Begitu juga pada tahun 2009, SK USJ 12 telah menerima Anugerah Kualiti Pencapaian Akademik Pencapaian Tertinggi Keseluruhan (UPSR) sempena Sambutan Hari Guru dan Anugerah Kualiti PPD Petaling Perdana pada 16 Jun 2009. Pada tahun yang sama, SK USJ 12 telah mendapat Tempat pertama apabila menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Zon Kategori Terbuka Sekolah Rendah Anjuran Sasbadi dan Pusat Sains Negara (MOSTI) Anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemudian SK USJ 12 terpilih menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Akhir Kategori Terbuka Sekolah Rendah Anjuran Sasbadi dan Pusat Sains Negara (MOSTI) Anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menduduki Tempat Ketiga dan mendapat Anugerah Inovasi Terbaik.
Manakala pada tahun 2010, SK USJ 12 telah mendapat kejayaan besar apabila menerima Anugerah Tawaran Baru Kepada Pengetua dan Guru Besar NKRA Pendidikan yang disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Selain itu, SK USJ 12 juga menerima Sijil Penghargaan atas kejayaan menerima Anugerah Khas (Penerima Bai’ah 2010) sempena sambutan Hari Guru dan Hari Kualiti PPD Petaling Perdana Tahun 2011. Kemudian sekolah sekali lagi diberi penghargaan kerana telah memperolehi Sijil Tanpa Teguran (Memuaskan) bagi Pengauditan Tahun Kewangan 2010.
Pada tahun 2011, SK USJ 12 dicalonkan pula sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi kerana mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 1.7 dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2011.Ini membuktikan kesungguhan warga SK USJ 12 terutama sekali barisan pentadbir yang bertungkus lumus untuk memastikan prestasi sekolah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Di samping itu, hubungan yang erat dan kuat dengan pihak PIBG SK USJ 12 dalam semangat sepasukan serta berdaya saing bagi memastikan kebajikan anak-anak mereka terjaga dan terjamin selesa terutama sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pihak PIBG telah menyumbangkan meja dan kerusi baru kepada sekolah untuk keselesaan guru-guru dan murid-murid. Ini kerana suasana yang selesa dan kondusif dapat memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan. Pada akhir tahun 2011, SK USJ 12 telah mendapat Sijil Penggantian Komputer Baru setelah menunggu hampir dua tahun selepas Pelupusan pada tahun 2009. Ini selaras dengan hasrat kerajaan bagi memastikan Dasar Memperkasakan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) berjalan lancar pada tahun 2012.
VISI SK USJ 12
SEKOLAH UNGGUL PENJANA
GENERASI TERBILANG
MISI SK USJ 12
MEMBANGUNKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI BERTARAF
DUNIA BAGI MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU SEPENUHNYA DAN MEMENUHI ASPIRASI
NEGARA MALAYSIA
MOTO SEKOLAH
BERILMU,
BERTEKNOLOGI, BERDISIPLIN
OBJEKTIF SEKOLAH
Objektif Sekolah Kebangsaan USJ 12 adalah
merupakan matlamat yang ingin dicapai berlandaskan falsafah Negara yang
terkandung dalam Rukun Negara, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Ekonomi
Baru.
Objektif AM
- Membentuk dan melahirkan masyarakat sekolah yang bersatu padu.
- Memberi perhatian kepada setiap individu. Memupuk dan mebina kecerdasan mental, akademik, tubuh badan, emosi dan sahsiah.
- Melahirkan individu yang berpendidikan yang tahu menggunakan masa lapang yang berfaedah kepada diri dan masyarakatnya.
- Sanggup menerima cabaran dan perubahan yang sentiasa berlaku dan berpegang teguh pada tradisi.
- Melahirkan individu yang bertanggungjawab dan berdedikasi, bersih, cekap dan amanah yang bersesuaian dengan kehendak inspirasi Negara.
- Melahirkan manusia yang berpegang teguh kepada agama.
- Melahirkan manusia yang kreatif dan imaginatif.
OBJEKTIF
KHUSUS
- Untuk membentuk murid-murid ke arah prinsip-prinsip moral yang baik.
- Untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai sikap toleransi serta memahami kepentingan kaum dan agama yang berlainan yang terdapat di Negara ini khasnya dan manusia sejagat amnya.
- Untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai disiplin diri dan bertanggungjawab serta hormat menghormati di antara satu sama lain.
- Untuk melahirkan murid-murid yang cintakan sekolah dan sanggup melibatkan diri dalam kegiatan sekolah.
- Melatih murid-murid menghormati guru-guru, pekerja sekolah dan orang-orang yang lebih dewasa dari mereka.
- Untuk memupuk tabiat suka membaca di kalangan murid-murid supaya mereka boleh melahirkan fikiran yang bernas, padat dan berkesan.
- Untuk memupuk semangat dan tabiat berusaha bersungguh-sungguh dan gigih untuk mencapai prestasi yang tinggi dalam bidang akademik.
- Untuk melatih murid-murid menjadi pemimpin yang cergas, dedikasi, berdisiplin dan bertanggungjawab. Untuk membimbing murid-murid supaya dapat memilih kerjaya yang bersesuaian dengan bakat, cita-cita dan kebolehan mereka.
- Untuk mencari jalan supaya murid-murid dapat bekerjasama dengan anggota masyarakat dan memupuk semangat gotong royong.
- Mendorong murid-murid menghayati dan mengamal ajaran agama
- Untuk menyemai semangat berdikari dikalangan murid-murid melalui aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
- Melahirkan murid-murid yang boleh menguasai bahasa dengan baik dengan penekanan utama kepada penguasaan Bahasa Kebangsaan secara lisan dan tulisan.
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
SK USJ
12 akan berusaha sedaya upaya untuk:
- Melaksanakan dasar dan Wawasan Pendidikan Negara bagi memberi pendidikan yang berkualiti tinggi.
- Memastikan setiap pelajar memperoleh peluang yang sama untuk menuntut ilmu
- Memastikan setiap pelajar mencapai kejayaan akademik dan kokurikulum ke tahap yang cemerlang
- Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan, memberangsangkan, efektif dan kondusif.
- Memberi khidmat layanan yang baik, mersa dan berkualiti kepada semua tetamu dan pelawat yang datang berurusan dengan pihak sekolah.
- Mewujudkan hubungan yang akrab dan ikram di antara komuniti sekolah dan masyarakat di persekitarannya.
WAWASAN SEKOLAH
SK USJ 12 berhasrat untuk menjadikan perkara-perkara di bawah ini sebagai wawasan yang akan dicapai pada masa akan datang.
Ø
Meningkatkan
prestasi kurikulum dan kokurikulum bagi melahirkan warganegara yang sihat,
cergas, berdisiplin dan berilmu
Ø
Mewujudkan
semangat bermuafakat, prihatin serta bertanggungjawab bagi menyahut cabaran
wawasan Negara ke arah kecemerlangan tanpa mengira pangkat dan umur.
Ø
Mengiktiraf
sekolah sebagai lambing perpaduan, persefahaman dan persaudaraan demi membentuk
budaya dan perkhidmatan penyayang dalam sistem pendidikan.
Ø
Mewujudkan
perkhidmatan guru yang lebih berdedikasi serta mengamalkan teori pengajaran
yang sesuai supaya suasana sekolah mampu menangani pelbagai perubahan pelajar.
Ø
Menjadikan persekitaran
sekolah yang ceria sebagai tapak penerapan nilai-nilai murni murid serta
memperkukuhkan lagi fungsi sekolah dalam meningkatkan corak hubungan guru dan
masyarakat melalui PIBG yang menjadi satu amalann tradisi sekolah ini.
SK USJ 12
mengutamakan sikap kekeluargaan kearah kecemerlangan, sentiasa prihatin dalam
menjalankan tugaas serta mempertingkatkan kemahiran diri yang lebih kreatif dan
inovasi dalam menjayakan kecemerlangan murid-murid dalam suasana persekitaran
sekolah yang bersih dan ceria.
LAMBANG
GEAR 5 RAHANG
Sebagai tenaga penggerak penggunaan pelbagai aspek
pendidikan berasaskan teknologi terkini.Ia merupakan kaedah penerapan
pendidikan dan pembelajaran masa kini kearah mencapai matlamat negara maju yang
berteraskan 5 prinsip Rukun Negara.
MENARA TELEKOMUNIKASI KUALA LUMPUR
Proses pendidikan lebih mudah dan berkesan melalui
penggunaan telekomunikasi tanpa wayar sejajar perkembangan IT masa kini.
BUKU TERBUKA
Lambang klasik bagi menggambarkan pendidikan diperolehi
daripada buku bermula dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi di
mana guru dan murid sentiasa berinteraksi erat.
KOMPUTER
Penggunaan komputer yang merialisasikan hasrat pendidikan
negara di era IT.Sekolah ini berazam untuk menjadi popular ke arah tersebut.
BULAN SABIT
Merupakan lambang cita-cita murni bagi mendukung semangat
kewarganegaraan yang tinggi.Kepercayaan kepada Tuhan merupakan asas peribadi
mulia.
BENDERA
1 - Lencana sekolah di posisi tengah bendera bermaksud :-
a) Berani dan bersedia berada ditengah-tengah medan dalam
apa jua keadaan demi mencapai kejayaan dan menegakkan kebenaran.
2 - Garisan berkembar merah dan kuningmelintang di posisi
tengah bendera bermaksud :-
a) Simbolik kepada setiap usaha yang padu dilakukan dengan
kerjasama erat dikalangan warga sekolah. Bersatu tenaga membina kejayaan
bersesuaian dengan kkondisi Negeri Selangor sebagai salah sebuah negeri yang
maju ditanahair ini.
b) Warna merah dan kuning pada jalur bendera tersebut
menunjukkan bendera kami berada dibawah naungan bendera Negeri Selangor yang
berwarna Merah dan Kuning.
c) Kombinasi 2 jalur berkembar dan lencana sekolah berirama
serentak semasa kibaran bendera yang menjadi lambang kemegahan pasti
mempersonakan setia insan.
LAGU SEKOLAH
SK USJ DUA BELAS
BERDIRI MEGAH TEGUH BERWAWASAN,
PENDIDIKAN BERHEMAH MENJADI TERAS,
BERILMU, BERTEKNOLOGI, BERDISIPLIN,
TERUKIR LAMBANG WARNA DIPADAN,
TERSEMAT DI HATI BERBAKTI SETIA,
NILAI MURNI MENJADI PANDUAN,
MEMBINA INSAN BERAKHLAK MULIA,
WARGA SK USJ DUA BELAS,
BERIKRAR, CEKAL, BERSEMANGAT WAJA,
TUNAIKAN JANJI TULUS IKHLAS,
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
KEDUDUKAN SEKOLAH
AERIAL FOTO SEKOLAH
PETA SEKOLAH
PELAN SEKOLAH