FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM

Untuk melahirkan murid-murid yang sedar bahawa pencapaian kecemerlangan serta pembudayaan kegigihan, ketahanan  mental serta fizikal, kemuliaan rohani dan penghayatan nilai-nilai murni adalah berterusan demi melahirkan ahli-ahli masyarakat unggul yang bakal menangani masa depan bangsa dan Negara.
1.0          PENDAHULUAN
Sekolah Kebangsaan USJ 12 merupakan sebuah sekolah  yang bertanggung jawab bukan hanya semata-mata untuk mencapai kecemerlangan akademik anak-anak didiknya, tetapi juga memupuk dan menerapkan sahsiah mereka yang cemerlang.
Adalah menjadi matlamat sekolah untuk melahirkan insan yang seimbang dengan melatih mereka menggunakan masa lapang yang optima serta memberi kegembiraan dan kesejahteraan. Hasrat ini dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang menjadi wadah untuk meningkatkan interaksi dan integrasi di kalangan murid, membina sahsiah bersepadu dari aspek psikomoto, kognitif  dan afektif.
Penolong Kanan Kokurikulum bertanggung jawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui pemantapan pengurusan kokurikulum. Bidang tanggungjawab merangkumi pengurusan aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab, serta unit badan beruniform.
2.0          MATLAMAT
Aktiviti kokurikulum Sekolah Kebangsaan USJ 12 adalah dengan matlamat untuk ;
2.1          Mengadakan satu sistem pendidikan menyeluruh dengan tujuan melahirkan insan yang beriman, beradab, taat setia , bertanggung jawab , berdisiplin, jujur dan bersih , disamping mempunyai ciri-ciri intelek, logik, berdikari dan berimaginatif.
2.2          Meningkatkan minat, bakat dan kemahiran murid dalam ativiti yang diceburi.
2.3          Mengukuhkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid-murid.
2.4          Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang bermakna dan berfaedah.
3.0          OBJEKTIF
Sejajar dengan objektif  Falsafah Pendidkan Negara, Perancangan Strategik Kokurikulum Sekolah Kebangsaan USJ 12 adalah bertujuan ;
3.1          Membentuk sifat berdikari dan kepimpinan yang tersusun dari segi pengurusan serta tanggungjawab pada diri , sekolah , masyarakat dan negara.
3.2          Untuk meningkatkan disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengn Falsafah Pendidikan Negara dan Rukunegara.
3.3          Meningkatkan kesimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani, minat dan bakat murid-murid  ke arah kecemerlangan kokurikulum berpandukan Falsafah Pendidikan Negara, Pengisian Wawasan Pendidikan Negara dan Wawasan Negara.
3.4          Mengukuhkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid-murid untuk meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul dan seterusnya mencapai matlamat.
3.5          Meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbanan dua hala antara murid-murid dengan murid-murid , murid-murid dengan guru serta kaki tangan pejabat, sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
4.0          MENDEFINISI  MANDAT
Kepentingan kefahaman tentang MANDAT sebelum membina strategi :
4.0.1      Mandat menjelaskan siapa kita dan apa yang disuruh atau diarah oleh ” stakeholder”
4.0.2      Mandat juga merupakan tauliah atau punca kuasa kepada organisasi dalam membuat keputusan dan menjalankan sesuatu tindakan.
4.1          MANDAT BIDANG KOKURIKULUM
4.1.1      SPI Bil 9/2000- Panduan Keselamatan Diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan serta kegiatan kokurikulum & sukan di dalam dan luar kawasan sekolah.
4.1.2      SP Pendaftaran Bil 2/1997 – Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab/Persatuan Taekwando/ Seni mempertahankan diri.
4.1.3      JPN Selangor – Panduan menawarkan perkhidmatan jurulatih luar untuk kelab seni mempertahankan diri.
4.1.4      Akta Pendidikan 1996 – Peraturan-peraturan Pendidikan ( Persatuan sekolah ) 1998
4.1.5      SP Unit Pendaftaran 1/1995 – Penyeliaan Perjalanan Pertubuhan/Persatuan di sekolah.
4.1.6      SPI Bil 1/1989 – Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan di sekolah.
4.1.7      SPI Bil 2/1986 – Rekod kedatangan dan Laporan Gerak kerja Kokurikulum Pelajar.
5.0          PEMANTAUAN
5.1          Pemantauan aktiviti kokurikulum adalah dilakukan dengan bantuan Setiausaha Kokurikulum, Setiausaha Sukan dan Penyelaras badan beruniform, Kelab dan Permainan.
5.2          Pemantauan yang dibuat antara lain merangkumi aspek :
5.2.1      Kehadiran / keahlian
5.2.2      Penyertaan / Penglibatan
5.2.3      Kemudahan dan alatan
5.2.4      Perjalanan aktiviti kokurikulum
5.2.5      Kewangan
5.2.6      Matlamat / Objektuf
5.2.7      Perlembagaan / Peraturan
5.2.8      Disiplin dan Keselamatan
5.2.9      Tenaga Luar
DASAR 1: TENAGA PENGAJAR
1.1       Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan 
           gelaran Guru Penasihat.
1.2          Semua guru akan melibatkan diri dalam semua kegiatan daripada bidang berikut :
           
1.2.1      Persatuan
1.2.2      Badan Beruniform
1.2.3      Sukan dan Permainan
1.3  Semua guru yang terlibat dalam setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut :
1.3.1      Melantik ahli jawatankuasa
1.3.2      Merekod kehadiran murid-murid
1.3.3      Melaksanakan aktiviti harian
1.3.4      Membuat Penilaian
1.3.5      Menyediakan laporan.
DASAR 2 : PENYERTAAN MURID
2.1       Semua murid tahap 2 ( ahun 4, 5, 6 ) diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi 
            ketiga-tiga bidang berikut :
            2.1.1    Persatuan
            2.1.2    Badan Beruniform
            2.1.3    Sukan dan Permainan
2.2       Semua murid diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan.
2.3       Semua murid diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan kokurikulum dilaksanakan.
DASAR 3 : PENJADUALAN KEGIATAN
3.1       Semua kegiatan kokurikulum dijalankan pada hari Rabu bermula pada pukul 3.30 petang hingga pukul 5.50 petang.
3.2       Kegiatan badan beruniform akan dijalankan setiap minggu manakala persatuan/kelab dan sukan / permainan dijalankan secara giliran.Setiap aktiviti dijalankan selama 1 jam.
3.3       Kegiatan kokurikulum akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut :
            3.1.1    Cuaca buruk ( akibat hujan lebat atau ribut petir )
            3.1.2    Jika  sekolah mengadakan aktiviti rasmi.
            3.1.3    Atas arahan Guru Besar / GPK Kokurikulum.
DASAR 4 : PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH
4.1       Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan peringkat Zon, Daerah, atau Negeri tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah sekolah.
4.2       Sekolah hanya memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan program sasaran iaitu :
            4.2.1    Bola Sepak
            4.2.2    Sepak Takraw
            4.2.3    Bola Baling
            4.2.4    Bola Jaring
            4.2.5    Olahraga
            4.2.6    Kriket
            4.2.7    Hoki
            4.2.8    Bahasa Ingggeris dan Bahasa Malaysia
            4.2.9    Agama
            4.2.10  Robotik
4.3       Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat murid-murid ke tahap yang tertinggi melalui ;
            4.3.1    Latihan bersistematik
            4.3.2    Kelengkapan yang sempurna
            4.3.3    Pertandingan Dalaman
            4.3.4    Penyertaan yang aktif.
DASAR 5 : PENGHARGAAN
5.1       Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada murid-murid yang mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk :
            5.1.1    Hadiah ( Trofi / Medal )
            5.1.2    Sijil penghargaan sekolah.