Perhatian kepada semua ibubapa, waris atau penjaga bagi pelajar SK USJ 12, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 15 akan diadakan pada hari Sabtu 28/02/2015 bertempat di Dewan Gemilang SK USJ 12. Aturcara majlis bermula dari jam 8.30 pagi dan dijangka tamat pada jam 12.00 tgh. AGM PIBG ini diadakan bertujuan untuk
- Melantik AJK baru dikalangan ibubapa, waris atau penjaga yang mana menjadi ahli PIBG SK USJ 12.
- Membincangkan tentang usul-usul yang dikemukan oleh ibubapa, waris atau penjaga yang mana usul-usul tersebut telah diambil sebulan sebelum AGM diadakan.
- Membentangkan belanjawan yang digunakan pada tahun 2013/14.
- Membentang usul-usul telah diselesaikan dan yang belum diselesaikan mengikut pada minit mesyuarat AGM yang lepas.
Diharap semua ibubapa, waris atau penjaga dapat meluangkan masa untuk menghadirkan diri pada hari tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan/puan majlis dapat berjalan dengan lebih lancar dan sempurna untuk kepentingan masa depan anak didik SK USJ 12.
SEKIAN
Admin
0 Komen:
Post a Comment