PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM
Pengurusan kurikulum di peringkat sekolah dilaksanakan oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Sumber Mata Pelajaran, Guru Panitia dan guru-guru. Pengurusan yang cemerlang dapat dilihat dari segi kemampuan dan kecekapan merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif, strategik dan program kurikulum secara berterusan dan berkesan.
OBJEKTIF
- Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan jawatankuasa kurikulum di sekolah.
- Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat guru-guru untuk merancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.
- Mengembleng tenaga semua guru dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kurikulum.
- Berusaha secara muafakat untukl mencari penyelesaian masalah, kekangan dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.
- Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data/maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran.
PENGURUSAN PANITIA
Pengurusan Panitia merupakan jawatankuasa terpenting dalam memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Seorang guru kanan dilantik oleh Guru Besar dan dianggotai oleh semua guru yang mengajar yang sama. Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara automatik menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan menjadi penghubung antara ahli panitia dan Guru Besar.
Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran ialah:-
- Mengkaji sukatan pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun.
- Memastikan perancangan dilaksanakan oleh setiap panitia.
- Menyelaras perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penilaian tahunan bagi mata pelajaran berkenaan.
- Mencadangkan buku-buku rujukan dan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan murid dan kegunaan guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
- Meyelaras ujian dan penilaian berasaskan sekolah bagi mata pelajaran berkenaan.
- Mengkaji dan menganalisis keputusan berasaskan sekolah dan keputusan UPSR serta mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
- Mengadakan mesyuarat panitia untuk membincangkan cara bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran dan isu-isu yang berkaitan dalam pelaksanaan kurikulum.
- Bekerjasama dan berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan panitia matapelajaran sekolah yang berhampiran atau sedaerah.
Peranan Setiausaha Panitia
- Membuat surat panggilan mesyuarat dan urusan-urusan lain surat menyurat.
- Mencatat kaedah dan menyediakan minit mesyuarat.
- Menyediakan laporan dan dokumentasi
- Membantu dan berhubung rapat dengan ketua panitia dan ahli jawatankuasa.
- Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.
Peranan Ahli Jawatankuasa
- Melantik ketua dalam setiap aktiviti.
- Bekerjasama dengan guru penasihat dan AJK induk dalam aktiviti yang melibatkan kependidikan seperti KemKecemerlangan, Kem Bina Juara dan lain-lain.
- Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.
- Menyediakan peralatan yang sesuai seperti kerusi, meja penceramah dan peserta, persiapan pentas dan lain-lain.
- Mengurus dan membuat tempahan tempat untuk melaksanakan aktiviti sesuai dengan keputusan mesyuarat.
- Mengemas dan membersih semua peralatan yang digunakan.
- Mengendalikan aktiviti luar.